Saya lupa kata laluan saya. Bagaimana ingin dapatkan semula?

Atas sebab Keselamatan, kami tidak menyimpan kata laluan anda. Sebaliknya, kami hanya menyimpan checksum kriptografi satu hala untuk kata laluan itu. Tiada apa jua keadaan yang membolehkan checksum ini digunakan untuk reverse-engineer kata laluan asal anda. Jika anda kehilangan kata laluan, anda perlu sediakan yang baru selepas pengesahan identity anda. Untuk mengeset semula kata laluan anda, hanya klik “Lupa kata laluan” dan ikut arahan. Kami akan menghantar e-mel ke alamat yang telah anda setkan sewaktu pendaftaran.

Kenapa anda perlukan e-mel saya. Adakan anda betul-betul perlukannya?

Alamat e-mel digunakan sebagai pengenal pasti akaun anda untuk mengakses salinan backup data anda dalam cloud dan menyelaras antara peranti anda. Di samping itu, kami menggunakan alamat e-mel anda untuk membantu anda dapatkan semula kata laluan sekiranya anda hilang atau lupa kata laluan. Anda boleh menambah atau menukar alamat e-mel anda pada bila-bila masa dalam akaun anda menggunakan “Tetapan”-> tab “PersonalCloud”.

Saya mengubah telefon atau tablet saya. Bagaimana saya boleh mengakses gambar-gambar saya dan lain-lain data?

Hanya pasang aplikasi pada peranti baru anda dan mendaftar masuk ke akaun dengan alamat e-mel anda. Fail akan secara automatik dimuat turun dari PersonalCloud anda. Membiarkan aplikasi berjalan sehingga penyelarasan selesai.

Bagaimana PersonalLife melindungi maklumat peribadi saya?

Kami menyulitkan setiap fail dengan kekunci enkripsi 256-bit. Walaupun akaun anda boleh diceroboh, pencoroboh hanya mendapat akses kepada data yang disulitkan, jadi mereka tidak dapat menyahsulitkan dan mengakses fail anda. Mana-mana data yang disimpan di PersonalCloud anda telah dienkripsikan dengan algoritma yang sama.

Apakah “Kata Laluan Palsu” dan bagaimana saya menggunakannya?

Akaun alternatif yang membolehkan anda menggunakan sebuah galeri gambar sekunder dan set data alternatif. Jika anda dipaksa untuk mendedahkan apa yang ada didalam, anda mampu untuk membuka aplikasi menggunakan sebuah kata laluan alternatif. Dalam kes ini, maklumat dari akaun alternatif anda akan dipaparkan.