Inovatif.
Selamat.
Dipercayai.

Lindungi gambar, video dan data peribadi anda dan secara automatik menyelaras merentasi semua peranti anda.

Muat turun di App Store Muat turun di Google Play Akan datang di Windows 10

Ciri-ciri Utama

Lindungi data peribadi anda dengan PersonalLife, dan kami akan melindungi maklumat anda.

  • Perlindungan dipercayai

    Berapa selamat data peribadi anda? Dengan PersonalLife, anda boleh berhenti bimbang! Fail anda akan dilindungi dengan 256-bit enkripsi. Tiada siapa boleh mengakses tanpa kebenaran anda.

  • Backup dan penyelarasan

    Tidak perlu backup secara manual data anda! Hanya daftar masuk dengan akaun anda pada pelbagai peranti, dan fail-fail dan data anda akan diselaraskan dalam masa sebenar!

  • Kata laluan Palsu

    Terdapat situasi di mana anda mungkin dipaksa untuk membuka phone anda dan lancarkan PersonalLife. Anda tidak perlu risau! Hanya gunakan kata laluan kedua anda untuk buka aplikasi. Kata laluan palsu hanya akan buka data palsu.

  • Percuma sahaja

    Kami tidak putar belitkan anda dengan naik taraf Pro. Anda bebas untuk gunakan PersonalLife seberapa lama yang anda suka.

Kenapa pilih PersonalLife

Terdapat pengurus kata laluan dan terdapat aplikasi untuk menyulitkan gambar anda. Dengan PersonalLife, anda hanya perlu satu aplikasi bagi segala-galanya. Data lengkap anda selamat dilindungi, disokong dan sentiasa di hujung jari anda.

Gambar dan Video

Uruskan gambar dalam album, tambah gambar atau rekod video anda.

Rekod Audio

Perlu catatkan nota dengan cepat? Hanya tekan butang untuk rekod nota audio!

Nota

Buat nota yang dilindungi. Pilih fon dan warna atau tambah imej.

Senarai Kenalan

Tambah atau import kenalan, tambah gambar dan buat panggilan dari aplikasi.

Kad Kredit

Lindungi simpanan maklumat kewangan dan hanya boleh diakses oleh anda.

Data Peribadi

Lindungi log masuk, akaun, kata laluan, matlamat dan point serta sebarang data lain anda.

PersonalCloud

PersonalCloud adalah akaun peribadi awan. Dengan perkhidmatan ini, anda akan dapat menyimpan salinan data anda yang dikemas kini dan disulitkan dengan selamat. Maklumat anda akan diselaraskan secara automatik merentasi peranti anda secara masa sebenar.

  • Bunyi rumit? Hanya jalankan aplikasi dan log masuk dengan alamat e-mel anda!
  • Hilang phone anda atau dapat yang baru? Hanya pasang aplikasi kami dan lihat data anda pergi ke peranti baru dalam beberapa minit!
  • Masih tidak pasti tentang keselamatan akaun awan? Jangan risau! Fail anda dienkripsi dengan selamat, dan tiada siapa mampu menyahsulitkan tanpa mengetahui kata laluan anda.
  • Data mudah alih terhad? Aplikasi ini boleh diselaraskan dengan Wi-Fi sahaja.
  • Masih bimbang tentang privasi anda? Kami mereka PersonalCloud supaya tiada siapa yang boleh menyahsulitkan fail kecuali anda.

Edisi Pro

PersonalLife betul-betul percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Jika anda perlukan ciri-ciri yang banyak daripada versi percuma yang ditawarkan, anda sangat dialukan untuk mempertimbangkan naik taraf Pro.

  • Percuma

    • Backup Selamat
    • Penyelarasan Pelbagai Peranti
    • PIN dan corak
    • Touch ID
    • Ruang awan lebih besar
    • Kembalikan dari Recycle Bin
    • Tangkap pecah masuk
    • Pengesanan Face-down
    • Pin Palsu
  • Pro

    • Backup Selamat
    • Penyelarasan Pelbagai Peranti
    • PIN dan corak
    • Touch ID
    • Ruang awan lebih besar
    • Kembalikan dari Recycle Bin
    • Tangkap pecah masuk
    • Pengesanan Face-down
    • Pin Palsu

Kemudahan penggunaan

Kami reka PersonalLife supaya sesiapa sahaja boleh menggunakannya dalam beberapa minit. Nikmati kemudahan dan kesederhanaan aplikasi, dan kami akan menjaga segalanya di sebalik tabir.

Langgan untuk kemas kini

Nantikan dan jadi yang pertama dapatkan maklumat tentang berita dan maklumat terkini PersonalLife dengan melanggan newsletter kami! Jika anda tidak mahu langgan lagi, anda hanya perlu klik Pautan berhenti langganan bila-bila masa.

Mari berhubung

Mempunyai maklum balas, cadangan atau fikiran tentang aplikasi kami? Sila hubungi kami bila-bila masa, dan kami akan kembali kepada anda dalam tempoh 48 jam.